Al Baihaqi membawakan sebuah fasal
dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau
membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda:
الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة
“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin.
Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan
setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan
darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani
dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang
lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan
pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan
dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim
kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
“Janganlah mencabut uban kerana uban
adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam
Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu
kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya
akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh
Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Janganlah mencabut uban. Tidaklah
seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban
tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu
Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir
mengatakan bahawa hadith ini sahih)
Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi s.a.w bersabda:
مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ
كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ
فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ
“Barangsiapa memiliki uban di jalan
Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya
baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika
disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah
s.a.w lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong
cahaya (baginya di hari kiamat).” (H.R. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al
Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya
tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At
Tarhib mengatakan bahwa hadith ini hasan)
Perkataan Nabi s.a.w: “Siapa saja yang
ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak
menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban
mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang
berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash
Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)
Apakah hukum mencabut uban haram atau
makhruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat
bahwa mencabut uban adalah makhruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An
Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakhruhkan berdasarkan
hadith dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.
Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa
mencabut uban adalah makhruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali
sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya
mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan
tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan
tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala
(iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293,
Mawqi’ Ya’sub)
Namun jika uban tersebut terdapat di
janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram
karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu
Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda,
لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة
“Allah melaknat riba, pemakan riba,
orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang
menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba). Allah
juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan
rambut, orang yang membuat tatu dan yang meminta ditatu, begitu pula
orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.”
(Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al
Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)
Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin
r.hu mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari
rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan
kerana termasuk an namsh. An Namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di
wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadith yang menjelaskan bahwa Nabi
s.a.w melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il
Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)
Kesimpulannya majoriti (jumhur) ulama’
mengatakan hukum mencabut uban adalah makhruh. Namun sebagai seorang
muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya s.a.w dan agar tidak
kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim
membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).
Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
No comments:
Post a Comment